Najmi Amin

Kenali Najmi Amin

NAJMI AMIN

Lebih 5 Tahun Di Dalam Industri. Saya Dah Faham Segala Selok Belok Bidang Hartanah Ni.

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Saya Najmi Amin. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA.

Setelah tamat belajar, saya bekerja di sebuah syarikat kewangan sebagai Pegawai Pemasaran.

Pada awal tahun permulaan kerjaya, saya sudah mula berjinak dengan dunia hartanah. Rumah pertama yang saya beli adalah sebuah Flat di Sentul. Kemudian, rumah seterusnya adalah flat di Setapak. Kedua dua rumah tersebut saya sewakan untuk dapat positive cashflow sebagai pelaburan dalam hartanah. 

Dengan pengalaman sebagai seorang pelabur hartanah, saya tahu bagaimana hartanah boleh menjana keuntungan.

Pada tahun 2015, saya mula mengembangkan karier sebagai Perunding Hartanah separuh masa dengan menyertai sebuah agensi hartanah terbesar di Malaysia. Pada tahun 2018, saya mengambil keputusan untuk berhenti sebagai Pegawai Pemasaran dan menjadi Perunding Hartanah Sepenuh Masa.

Selama lebih 5 tahun ini, banyak perkara yang saya pelajari dan pengalaman ini saya gunakan untuk bantu klien saya dalam urusan hartanah mereka. 

Saya aktif membantu menyelesaikan masalah ramai pemilik dan pembeli hartanah di Kuala Lumpur khususnya di Setapak, Wangsa Maju, Sentul, Gombak dan sekitarnya.

Pencapaian Di Dalam Bidang Hartanah

Apabila saya dipilih untuk membantu klien klien untuk menguruskan hartanah mereka, hasil yang terbaik, pantas dan mudah adalah matlamat utama saya.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua klien yang telah memilih saya sebagai Perunding Hartanah pilihan. 

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Get started with your account

to save your favourite homes and more

Sign up with email

Get started with your account

to save your favourite homes and more

By clicking the «SIGN UP» button you agree to the Terms of Use and Privacy Policy
Scroll to Top